Friday, 16 January 2015

Langsai Hutang Kad Kredit

Aku ada  lima kad kredit beberapa tahun dahulu. Aku memula menggunakan kad kredit sejak tahun 1984 di Sabah. Semasa itu bila guna terus bayar tunai. Kad kredit jarang sangat di gunakan.

Memanglah seronok menggunakan kad plastik ini untuk membeli belah. Barang yang tak mampu beli pun boleh dengan menggunakan kad plastik ini. Lama kelamaan tanpa disedari hutang bertimbun! Penat nak bayar!

Mahu tak mahu, hutang kena bayar tiap-tiap bulan.Mesti bayar. Kalau hutang terus meningkat. Menggunakan kad kredit yang lain untuk membayar hutang kad kredit lebih membebankan. Jalan penyelesaian perlu dicari. Aku menjual harta yang ada untuk mengurangkan beban hutang. Aku mula memikirkan langkah yang perlu dibuat. Duduk dalam bilik bacaan dan fikir apa yang boleh buat.

1.Aku senaraikan semua hutang kad kredit dari yang paling tinggi hingga yang rendah sekali.
2.Kira semua jumlah hutang yang perlu dibayar.
3.Setiap bulan buat semua bayaran pada kad yang ada. Kad yang paling rendah bayarannya aku bayar lebih.Ini supaya cepat. Aku ambil 1% daripada pendapatan bulan untuk membayar kad ini.
4.Bila selesai kad yang paling rendah dibayar habis, aku beralih ke kad yang seterusnya dengan menggunakan kaedah yang sama.
5.Bayar seterusnya setiap bulan hutang yang ada.

Dengan mengguna cara ini hutang kad kredit cepat dilangsaikan. Bentuk pinjaman yang lain boleh dicuba. Anda mungkin boleh selesaikan pinjaman yang dibuat dalam masa 10 hingga 15 tahun.

Kaedah ini boleh terus diamalkan. Apa yang penting jangan lagi berhutang. Jangan lupa berdoa seperti yang diajar oleh Baginda Rasulullah.

ALLAAHUMMA INNI A'UUDZUBIKA MINAL,HAMMI WAL HAZANI, WA A'UUDZUBIKA MINAL 'AJZI WAL KASALI, WA A'UUDZUBIKA MINAL,JUBNI WAL BUKHLI,WA A'UUDZUBIKA MIN GHALABATID DAINI WA QAHRIR RIJAALI.

In sya Allah kita semua boleh bebas daripada hutang.

Oleh Shakir Taha